Trima kasih kos sudi jenguk blog aku,,, Semuanya Di Sini. Jom la baca.,, sila tinggalkan komen jika ada apa2 yg kureng or memuaskn,,

Zakat bersih harta, jiwa jadi tenang

SEIRING kedatangan Ramadan, salah satu lagi kewajipan umat Islam adalah mengeluarkan zakat fitrah. Seseorang Muslim yang melaksanakan kewajipan berzakat ini sebenarnya akan berasa lebih tenang dan damai hatinya setelah berjaya melalui proses penyucian dengan mengeluarkan sebahagian hak Allah diamanahkan kepada si pemiliknya kepada sebahagian individu lain memerlukannya.

Zakat adalah sebahagian harta tertentu kepada orang yang berhak menerimanya dengan syarat tertentu untuk menyeimbangkan jurang pendapatan di kalangan ummah bagi mencapai suatu tingkat hidup lebih baik kepada paras nisbah yang wajar. Harta sebenarnya adalah alat untuk mencari kebahagiaan hakiki di akhirat dan bukannya matlamat untuk menjadi hamba kepada nafsu sendiri.

Justeru, sebagai tanda menggambarkan rasa kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan nikmat harta benda kepada seseorang individu itu, maka amat wajar dikongsi bersama dengan orang di sekeliling yang tidak mampu untuk merasai kemewahan hidup. Zakat fitrah hukumnya fardu ain ke atas setiap umat Islam yang cukup syarat.

0 comments:

Post a Comment