Trima kasih kos sudi jenguk blog aku,,, Semuanya Di Sini. Jom la baca.,, sila tinggalkan komen jika ada apa2 yg kureng or memuaskn,,

Air masin ubat penyakit kulit

air masin di tengah laut saja yang mengandungi khasiat garam yang baik lagi berkesan untuk digunakan. Penyakit kulit seperti gatal, kudis atau lain-lain penyakit kulit boleh menggunakan air masin pilihan di tengah laut yang bersih. Air itu dibasuh pada kulit atau bahagian kudis yang sudah dibersihkan terlebih dulu. Air masin yang sudah disimbah kepada kulit hendaklah dibiarkan hingga kering supaya garamnya meresapkan pada kulit atau kudis.

Kulit anda akan terasa kering dan bergaram. Dan, garam inilah yang memainkan peranan sebagai penawar atau ubat pada penyakit berkenaan. Sebaik kering dan bergaram di kulit, anda hendaklah membiarkannya untuk beberapa waktu supaya meresap dalam kulit.
Jangan gunakan air laut di kuala sungai atau pinggir kerana air itu kotor. Malah kandungan garamnya agak kecil untuk dijadikan ubat. Pun begitu, Tok Embong tidak melarang jika kita mandi dengan air laut tetapi selepas itu segera membilasnya dengan air tawar. Ini juga ada baiknya dari segi ketahanan kulit dan kesegaran badan ketika berada di laut.

Jangan sekali-kali air masin laut yang sudah memutih menjadi garam digunakan untuk dimasuk dalam gulai, kerana masin garam ini bukan untuk digunakan dalam makanan.

Bagi Pak Nuri, amalan baik yang diguna pakai oleh Tok Embong berhubung dengan air masih di tengah laut boleh dijadikan petua yang perlu diamalkan sebagai satu ikhtiar mengubati penyakit kulit.

Apa pun ubat dari hospital dan klinik masih perlu digunakan. Cuma air masin di laut sebagai satu ikhtiar sampingan ketika kita berada di laut

0 comments:

Post a Comment