Trima kasih kos sudi jenguk blog aku,,, Semuanya Di Sini. Jom la baca.,, sila tinggalkan komen jika ada apa2 yg kureng or memuaskn,,

Pelajar kena waspada jangkitan H1N1

KUALA LUMPUR - Pelajar, terutama yang akan menduduki peperiksaan dinasihat supaya sentiasa menjaga kebersihan bagi mengelak daripada dijangkiti virus Influenza A (H1N1).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, amalan kebersihan diri yang utama perlu diteruskan dengan membasuh tangan, terutama selepas batuk dan bersin, selain menutup mulut dan hidung dengan tisu ketika bersin dan membuang terus tisu itu ke dalam tong sampah.

Antara peperiksaan yang bakal dihadapi pelajar ialah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu pada 8 hingga 10 September ini, Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan bermula pada 7 Oktober dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 19 November.

Beliau turut meminta ibu bapa supaya tidak menghantar anak mereka ke sekolah jika mereka menunjukkan tanda-tanda demam atau selesema.

“Ini kerana jika anak-anak yang menunjukkan simptom dihantar juga ke sekolah, ia amat berisiko untuk menularkan virus Influenza A kepada rakan-rakan mereka yang lain,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa H1N1 di sini, semalam.

Dr Mohd Ismail berkata, sehingga jam 9 pagi semalam, 193 pesakit disahkan positif H1N1 dengan 46 kes berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu mereka yang mempunyai faktor risiko seperti penyakit kronik, obesiti, kanak-kanak dan bayi, bersalin dan hamil, penyakit jantung, asma dan immuniti rendah.

Beliau berkata, sejumlah 278 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, manakala 279 kes telah dibenar keluar.

Sehingga kini, sejumlah 1,373 pesakit ILI sedang dirawat di 94 hospital termasuk sepuluh hospital swasta di seluruh negara.

Dr Mohd Ismail berkata, kementerian juga menerima laporan mengenai tiga kematian yang berlaku pada 30 Ogos di Negeri Sembilan melibatkan mereka yang berumur antara 24 dan 42 tahun.

Kes itu akan dibentang kepada Jawatankuasa Semakan Kematian Influenza A (H1N1) semalam.

“Keputusannya akan diumum secepat mungkin sama ada kematian ini disebabkan oleh jangkitan H1N1 atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata, jumlah kematian akibat H1N1 di seluruh negara setakat ini kekal 72 orang.

0 comments:

Post a Comment