Trima kasih kos sudi jenguk blog aku,,, Semuanya Di Sini. Jom la baca.,, sila tinggalkan komen jika ada apa2 yg kureng or memuaskn,,

peringatan utk muda-mudi zaman skarang,,

Awak sayang dia kan?
--> mestilah
Dia pon sayang awak kan?
--> yup
Kenapa awak sayang dia?
--> sebab dia baik... dia jaga perasaan saya. caring.dia jaga pemakaian saya. Pendek kata dia perfect lah.
Saya tengok awak sekarang pon ok jugak.. Pakai baju xketat, baju labuh..
Tiap kali awak nak keluar, mesti awak tanya saya sama ada baju awak ketat or tak..
baguslah..
Tapi kan awak.. saya tertanya2 lah..
kenapa eh? bila awak berdua dengan dia, awak xjaga semua tu?
tapi bila awak keluar jumpa org laen, awak tutup smua..
saya tengok kalau awak berdua dengan dia... awak bagi je dia pegang awak..
dia suami awak ke? awak dengan dia dah kawen ke?
maaflah.. mungkin saya tak tau..
atau.. sebab awak yakin yang dia akan jadi pasangan awak nanti?
awak..saya nak nasihat awak boleh?.. Saya ni x baik mana pon..
baju pon tak seberapa nak labuh.. Tapi kan awak.. as a friend,
saya nak jugak cakap kat awak..
kalau dia sayang awak.. dia xkan sentuh awak.. dia takkan tengok aurat awak..
percayalah saya.. saya risau nanti kalau2 awak dengan dia dah sampai tahap...
hurm..awak faham kan maksud saya?
saya tak nak lah kawan saya macam ni...
macam mana tiba2 suatu hari.. dia bukan dia bukan ditakdirkan untuk awak?
tapi awak dah bagi dia sentuh awak..awk da bagi die tengok aurat awak..
apa awak nk simpan untuk suami awak nanti?
kesian suami awak..
saya cakap macam ni sebab saya sayang awak..
saya minta maaf kalau saya menyinggung perasaan awak..
saya sayang awak..kita kawan kan?

Read More......

Pelajar kena waspada jangkitan H1N1

KUALA LUMPUR - Pelajar, terutama yang akan menduduki peperiksaan dinasihat supaya sentiasa menjaga kebersihan bagi mengelak daripada dijangkiti virus Influenza A (H1N1).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, amalan kebersihan diri yang utama perlu diteruskan dengan membasuh tangan, terutama selepas batuk dan bersin, selain menutup mulut dan hidung dengan tisu ketika bersin dan membuang terus tisu itu ke dalam tong sampah.

Antara peperiksaan yang bakal dihadapi pelajar ialah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu pada 8 hingga 10 September ini, Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan bermula pada 7 Oktober dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 19 November.

Beliau turut meminta ibu bapa supaya tidak menghantar anak mereka ke sekolah jika mereka menunjukkan tanda-tanda demam atau selesema.

“Ini kerana jika anak-anak yang menunjukkan simptom dihantar juga ke sekolah, ia amat berisiko untuk menularkan virus Influenza A kepada rakan-rakan mereka yang lain,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa H1N1 di sini, semalam.

Dr Mohd Ismail berkata, sehingga jam 9 pagi semalam, 193 pesakit disahkan positif H1N1 dengan 46 kes berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu mereka yang mempunyai faktor risiko seperti penyakit kronik, obesiti, kanak-kanak dan bayi, bersalin dan hamil, penyakit jantung, asma dan immuniti rendah.

Beliau berkata, sejumlah 278 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, manakala 279 kes telah dibenar keluar.

Sehingga kini, sejumlah 1,373 pesakit ILI sedang dirawat di 94 hospital termasuk sepuluh hospital swasta di seluruh negara.

Dr Mohd Ismail berkata, kementerian juga menerima laporan mengenai tiga kematian yang berlaku pada 30 Ogos di Negeri Sembilan melibatkan mereka yang berumur antara 24 dan 42 tahun.

Kes itu akan dibentang kepada Jawatankuasa Semakan Kematian Influenza A (H1N1) semalam.

“Keputusannya akan diumum secepat mungkin sama ada kematian ini disebabkan oleh jangkitan H1N1 atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata, jumlah kematian akibat H1N1 di seluruh negara setakat ini kekal 72 orang.

Read More......

Zakat bersih harta, jiwa jadi tenang

SEIRING kedatangan Ramadan, salah satu lagi kewajipan umat Islam adalah mengeluarkan zakat fitrah. Seseorang Muslim yang melaksanakan kewajipan berzakat ini sebenarnya akan berasa lebih tenang dan damai hatinya setelah berjaya melalui proses penyucian dengan mengeluarkan sebahagian hak Allah diamanahkan kepada si pemiliknya kepada sebahagian individu lain memerlukannya.

Zakat adalah sebahagian harta tertentu kepada orang yang berhak menerimanya dengan syarat tertentu untuk menyeimbangkan jurang pendapatan di kalangan ummah bagi mencapai suatu tingkat hidup lebih baik kepada paras nisbah yang wajar. Harta sebenarnya adalah alat untuk mencari kebahagiaan hakiki di akhirat dan bukannya matlamat untuk menjadi hamba kepada nafsu sendiri.

Justeru, sebagai tanda menggambarkan rasa kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan nikmat harta benda kepada seseorang individu itu, maka amat wajar dikongsi bersama dengan orang di sekeliling yang tidak mampu untuk merasai kemewahan hidup. Zakat fitrah hukumnya fardu ain ke atas setiap umat Islam yang cukup syarat.

Read More......

Air masin ubat penyakit kulit

air masin di tengah laut saja yang mengandungi khasiat garam yang baik lagi berkesan untuk digunakan. Penyakit kulit seperti gatal, kudis atau lain-lain penyakit kulit boleh menggunakan air masin pilihan di tengah laut yang bersih. Air itu dibasuh pada kulit atau bahagian kudis yang sudah dibersihkan terlebih dulu. Air masin yang sudah disimbah kepada kulit hendaklah dibiarkan hingga kering supaya garamnya meresapkan pada kulit atau kudis.

Kulit anda akan terasa kering dan bergaram. Dan, garam inilah yang memainkan peranan sebagai penawar atau ubat pada penyakit berkenaan. Sebaik kering dan bergaram di kulit, anda hendaklah membiarkannya untuk beberapa waktu supaya meresap dalam kulit.
Jangan gunakan air laut di kuala sungai atau pinggir kerana air itu kotor. Malah kandungan garamnya agak kecil untuk dijadikan ubat. Pun begitu, Tok Embong tidak melarang jika kita mandi dengan air laut tetapi selepas itu segera membilasnya dengan air tawar. Ini juga ada baiknya dari segi ketahanan kulit dan kesegaran badan ketika berada di laut.

Jangan sekali-kali air masin laut yang sudah memutih menjadi garam digunakan untuk dimasuk dalam gulai, kerana masin garam ini bukan untuk digunakan dalam makanan.

Bagi Pak Nuri, amalan baik yang diguna pakai oleh Tok Embong berhubung dengan air masih di tengah laut boleh dijadikan petua yang perlu diamalkan sebagai satu ikhtiar mengubati penyakit kulit.

Apa pun ubat dari hospital dan klinik masih perlu digunakan. Cuma air masin di laut sebagai satu ikhtiar sampingan ketika kita berada di laut

Read More......

Ayat Qursi, solat elak gangguan syaitan

KITA selalu lupa, di laut adalah kawasan paling banyak dugaan bukan saja sentiasa berdepan ribut dan gelombang besar kadang-kadang gangguan makhluk halus yang sudah berumah tangga di laut. Kita haus menerima hakikat ini sama ada mahu atau pun tidak, kerana laut selalunya menjadi buangan hantu syaitan kerana itu kawasan laut paling ditakuti untuk melanggar pantang dari keluarga pelaut kerana kesan daripada kisah yang diganggu makhluk halus di laut terlalu banyak berlaku.

KITA selalu lupa, di laut adalah kawasan paling banyak dugaan bukan saja sentiasa berdepan ribut dan gelombang besar kadang-kadang gangguan makhluk halus yang sudah berumah tangga di laut. Kita haus menerima hakikat ini sama ada mahu atau pun tidak, kerana laut selalunya menjadi buangan hantu syaitan kerana itu kawasan laut paling ditakuti untuk melanggar pantang dari keluarga pelaut kerana kesan daripada kisah yang diganggu makhluk halus di laut terlalu banyak berlaku.

Beberapa kisah yang dapat dikesan daripada kejadian pulau hilang dari pandangan, ikan kecil menarik bot, hilang pandangan tapi nyenyak tidur dalam bot, jumlah pemancing bertambah semasa memancing, malah terlalu banyak perkara-perkara aneh sering berlaku semasa memancing di laut.

Namun daripada beberapa kejadian, petua Pak Nuri kali ini ingin mengajak anda kaki pancing yang sering diganggu ketakutan dan kadang-kadang hingga semalaman tidak dapat tidur dengan selesa.


Syaitan akan menjelma dengan pelbagai rupa. Kita mesti menguatkan semangat dan jangan sekali-kali mengalah kerana kita tahu bahawa iblis itu memang kerjanya untuk menyesatkan manusia, justeru antara langkah-langkah terbaik diambil ialah membaca ayat-ayat suci Al-Quran, Malah paling baik membaca ayat Qursi beberapa kali dan tidurlah dengan menyerah diri kepada Allah sambil meminta perlindungan dari-Nya.

Jika apa yang sudah kita lakukan masih kurang berkesan tentunya gejala ini bukan dari gangguan hantu syaitan dan anda perlu mengubah cara lain dengan anda cuba mandi pada waktu malam (jangan di amalkan mandi tengah malam jika tidak ada sebab) dan solat sunat dua rakaat dengan memohon kepada Allah agar anda tidak di ganggu hantu syaitan sepanjang malam.

Jika ini juga tidak berjaya anda teruskan aktiviti memancing dan tidur pada waktu siang pada ketika anda benar-benar letih. Tentunya pada waktu begini anda mesti tertidur.

Read More......

cara pasang umpan,,,,


TEKNIK memasang umpan juga penting untuk menarik perhatian ikan. Ini kerana cara menyusun serta meletakkan umpan turut diambil kira supaya mangsa lebih cepat memakan umpan.

TEKNIK memasang umpan juga penting untuk menarik perhatian ikan. Ini kerana cara menyusun serta meletakkan umpan turut diambil kira supaya mangsa lebih cepat memakan umpan.

Menghimpunkan jumlah umpan yang banyak terutama cacing pada mata kail antara teknik yang boleh digunakan ketika memancing air tawar untuk memikat penghuni sungai ataupun tasik. Cacing adalah antara umpan paling berkesan untuk kebanyakan ikan air tawar. Ia mungkin digunakan seekor atau beberapa ekor sekali gus seperti gambar rajah berikut.

Read More......

ayat2 jiwang,,,

hanya namamu di hatiku
jiwa dan raga takkan berdusta
namun terkadang
cinta terusik benci sesaat
seribu musim takkan bisa
menghibur hati yang penuh marah..
suara hati seorang kekasih
bagai nyanyian surgawi
takkan berdusta
walau ketamakan merajai
diri yang penuh emosi
jauh di dasar hatiku
tetap ku mau
kau sebagai kasihku
tidak dapat ku bayangkan tuturmu bagai sembilu
teganya dirimu
hingga ku tidak mampu melakar senyuman lagi
teganya dirimu...
bagaimana lagi ku harus membuatmu mengerti sayangku padamu
adakah perlu ku mencipta berjuta puisi??
agar kau mengerti??
atau aku harus mati keranamu?? dan terkubur dalam kesedihan sepanjang waktu?
bilakah kau akan akan mengerti bahawa jiwaku begitu tulus mencintai dirimu??
tahukah kamu saat kamu tiada disisiku
betapa kosong jiwaku tanpa kasih sayang darimu..
resah gelisah menyelubungi diriku??
wahai kekasih
aku harus g mana lagi??
agar kau mencintai aku seperti mana aku mencintai dirimu??
bagitahu ku caranya...
agar aku dapat kesuduhan yanggembira................................................

Read More......

try la bca klu blh,,

beolh tak adna bcaa parkatean aatu aayt ini?..klaau adna bleoh, nii brmkanea oatk adna jgua pleik..hnaya 50 drapidaa 100 oanrg ynag bleoh..syaa tdaik pryacea bhawaa syaa sbnaerynea bleoh bcaa ini..taleh dbiutkakn bwahaa oatk mnauisa tdaik mbaecma kselueruahn praktaean taepti hnyaa hruuuf id hpadaan dan id akihr shajaa..hruuf id hpadaan dan id akihr ynag prleu bdarea id tmapet ynag btuel..kaeadan hruuf lian tadik dmabil kria..dan wlaauupn bterauber, adna msiah dpaat mmaebca nya..dsayat kan? syaa salelau fkiir eaajn aladah ptneig!...

Read More......

apa itu kawan,,

kata Mak,
Kawan tu ibarat lebah,
Abis madu sepah dibuang...

Kata Ayah,
Kawan tu umpama bunga ros,
Dipandang cantik,
Dipegang sakit...

Kata Atuk,
Kawan tu seperti air,
Terus mengalir...

Kata Nenek,
Kawan tu bak bulan,
Dipuja dan disanjung,
Tapi nun jauh di sana...

Kate Sedare,
Kawan tu macam makanan,
Kawan makan kawan...

Kata Abang,
Kawan tu seperti lembu,
Mengikut saje ape dikata...

Kata Kakak,
Kawan tu tak ubah macam durian,
Bau je busuk,
Tapi sedap dimakan...

Kata Adik,
Kawan tu macam biskut,
Kejap ade kejap takde...

Kata Aku,
Kawan tu tak kisahlah camner,
Walaupun dier...
IBARAT LEBAH,
UMPAMA BUNGA ROS,
SEPERTI AIR,
BAK BULAN,
MACAM MAKANAN,
SEPERTI LEMBU,
TAK UBAH MACAM DURIAN,
MACAM BISKUT,
Dier tetap kawan...

Tw x sebab ape?
Skali aku dah kawan ngan dier,
Selamenyer dier tetap kawan aku,
Itu cara aku berkawan...

Walaupun kita ader kekasih,
Tapi,
Teman tetap paling setia...

Walaupun kita punyai harta yang banyak,
Teman tetap paling berharga...

Read More......