salam suma,,,
kali nie aku nk cter sal aku kna wt video pendek,,,
lect aku ksi dh lma,,
tp besa la,,,
owg cm aku nie ska wt kje last mnt,,,
sma ja ngan kwn2 aku pun,,,
1 group 5 owg,,,,
lect aku ksi assgmnt nie bln 8 n nk amik bln 9,,,
tp bkn group aku ja wt kja last mnt,,,
group len pn sma gk,,,
bln 10 bqu km suma antaq,,,
nsb la lect km ok,,,
km wt video nie gna format adobe premier,,,
2 pn lect km yg ksi,,,
kra ok la kan,,,
mula2 2 xreti gna jgk,,,
dgn tnjuk ajar dia,lma2 dh pndai gna pn,,,
akhirnya siap la jgk video pendek km 2,,,
tajuk video km PENJIMATAN ELEKTRIK,,,,
past km antar video 2,,,
pelakon utk video km diiktiraf pelakon terbaik pulak,,,
bangga la jgk,,,,
huhuhuhu,,,
lect km agk mrah ar jgk kt group aku ni cz x gna camera yg die pya,,,,
dia kata klu gna cmera dia pya,,,
msuk pertandingan mst leh mnang pya,,,,
tp 2la,,, km wt xde niat utk msuk pertndngan pon,,,,,
tp rgi jgk qsanya,,,huhuhu,,,
km just gna camera digital jew,,,he22
qsanya stakat 2 dlu kot cter aku ni,,,,
nnt ada cter ape aku topup lg la yer,,,,
salam,,,,
projek sistem kunci kawalan jauh berpenggera,,,
assalamualaikum suma,,,,
kali nie aku nk cter kt korang sal aku present prjk,,,,
aku present projek ritu tajuk dia sistem kunci kawalan jauh berpengera,,,
lega qsanya cz dh slesai,,,,
alhamdulillah,,,,
tima ksh byk2 la kt lect yg gen aku kna present nie,,,
dia mmg ok,,
projek km nie gna bjek ckit ja, dlm RM200 ja lbh kurang,,,
nie pic gen bersma prototaip km sblm p wt presnt 2,,,
km present x lma pn,,,
dlm 15 ke 20 mnt ja,,,,
qsanya apa yg km bentangkan 2 mmg prfct kot cz lect 2 xbyk tya pn,,,
tq sgt2 kt dia,,,
msa km bentang 2 km gna laptop ja,,,
wt slide show ja,,,
besa la zaman dh cggh,,,
huhuhu,,,
qsanya stakat 2 ja kot aku bercrita utk kali nie,,,
nnt klu ada apa2 lg,,,
aku pluss len,,,
salam,,,,,
sem plg cbuk kt poli,,,,
assalamualaikum,,,,
ni nk certa bg,,,
aku qsa sem nie la jdual aku yg plg pdat stakat aku blajaq kt poli nie...,,
stiap mggu ada ja kuiz, tutorial, test n mcm2 lg la,,,
dh la pning pasal projk lg,,,
kna pkiaq psal nk present lg,,,
ari yg sma nk present projk ada present sbjk laen lak,,,
pning sggh sem nie,,,
pnuh ngan ksabaran aku lalui hari2 gnie,,,
exam pn da nk dkat dh,,,
usaha, usaha dah,,,,
so yg lbhnya tawakal ja la kn,,,,
aku harap2 kwn suma pn leh doakan aku jga erk,,,,
stakat nie dlu cter aku utk kali nie erk,,,
salam,,,
Kekalkan Ikan Segar
BAGI kaki pancing, apabila keluar memancing, tong air batu atau tempat Menyimpan ikan ibarat satu kewajiban. Jika tidak, ikan yang dikail cepat busuk. Ada beberapa tips untuk mengekalkan kesegaran ikan. Pertama, menggunakan uncang jaring. Uncang biasa digunakan jika memancing di kawasan berhampiran rumah. Ikan yang dikail dimasukkan ke dalam uncang jaring dan direndam semula ke dalam air bagi membiarkan ikan itu terus hidup. Bagaimanapun saiz ikan terhad kepada yang kecil (kurang lima kilogram). Ikan bersaiz besar tidak sesuai dimasukkan ke dalam uncang jaring kerana jika meronta, jaring koyak dan ikan terlepas. Cara kedua dan paling biasa digunakan ialah kotak air batu. Ia paling banyak digunakan terutama jika memancing di laut untuk dua atau tiga hari. Ikan yang dikail terus dimasukkan ke dalam tong air batu supaya sentiasa segar walaupun sudah mati. Ada banyak saiz dan kualiti kotak menyimpan ikan yang diperbuat daripada gentian kaca atau plastik. Jadi berhati-hatilah jika membelinya. Biar alah membeli, menang memakai. Cara ketiga banyak diamalkan oleh pemancing yang pergi ke hutan lebih empat hari. Untuk membawa tong ikan adalah tidak praktikal kerana sukar mengangkutnya. Oleh itu, ikan yang dipancing perlu disiang termasuk membuang perut dan insang sekali. Sebaik-baiknya ikan yang disiang dielak daripada terkena air. Ikan yang sudah disiang ditabur sedikit garam sebelum disimpan di dalam bekas simpanan, biasanya tin biskut. Selain itu, ada pemancing memasukkan surat khabar di dalam perut ikan yang disiang bagi mengelakkan ia menjadi busuk. Cara keempat ialah dengan membunuh segera ikan yang diperolehi. Cara ini banyak diamalkan terutama Amerika Syarikat, Kanada dan sebahagian Eropah. Caranya ialah membunuh ikan secara mengejut menggunakan besi tajam. Ikan itu dibunuh dengan menghentak besi tajam di bahagain kepala iaitu antara mata ikan berkenaan (di mana terletaknya otak). Dengan sekali hentakkan, besi tajam tadi akan menembusi tengkorak dan mencederakan ikan. Rasional cara ini ialah ikan yang mati secara perlahan akan mengeluarkan sejenis hormon dari otak. Hormon ini bertindak sebagai perangsang untuk mempercepat proses pereputan protein. Jadi, jika ikan mati secara mendadak, otak ikan tidak sempat merangsang pengeluaran hormon berkenaan. Bagaimanapun, cara ini hanya digunakan ke atas ikan yang besar sahaja.
Read More......Awan sejengkal, ribut akan tiba
SEBAGAI kaki pancing yang sering berada di laut, anda berdepan risiko dilanda ribut. Ia yang datang secara tiba-tiba biasanya membahayakan pemancing terutama yang menaiki bot kecil. Oleh itu, sebagai kaki pancing, anda wajar mengetahui jangka masa ribut akan tiba di lokasi anda. Ini penting untuk membolehkan anda membuat keputusan sama ada berlindung di pulau atau kembali ke pantai. Menurut, Adnan Osman yang berasal dari Langkawi, Kedah, jika anda nampak awan hitam separas dengan laut ia bermakna ribut masih jauh dan memakan masa yang panjang sebelum tiba di tempat anda. Dalam keadaan ini, biasanya anda masih mempunyai masa kembali ke pantai. Tetapi jika awan hitam berada pada paras sejengkal atau lebih daripada paras laut, ribut berkenaan sudah begitu hampir. Oleh itu, segera berhenti memancing kerana ribut akan tiba dalam masa tidak sampai satu jam. Anda perlu segera mencari tempat berlindung. Pastikan anda memakai jaket keselamatan. Oleh itu, jika anda menggunakan bot kecil dengan kelajuan rendah anda patut berwaspada apabila berdepan dengan keadaan ini. Justeru anda dinasihat supaya kerap memerhatikan awan berdasarkan tips di atas. Jangan kerana leka memancing, anda lupa soal keselamatan diri sendiri.
Read More......Berkat dapat izin sebelum mengail
PETUA kaki pancing Terengganu, Alwi Ali, 52, iaitu pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing ialah beritahu isteri atau keluarga, begitu juga majikan. Selain itu, pastikan semua urusan dibereskan. "Jangan meninggalkan masalah di rumah. Ini termasuk meninggalkan duit belanja dan keperluan sekolah anak-anak," katanya yang turut menasihatkan kaki pancing supaya memperolehi umpan di laut kerana ia adalah umpan segar dan yang terbaik untuk ikan di situ. Pilihlah sotong, kembung atau selar sebagai umpan, katanya. Mengenai awan, Alwi berkata, awan hitam pekat biasanya akan membawa bersama ribut dan hujan tetapi dalam masa yang singkat. Dalam tempoh sejam ia akan reda dan kembali tenang. "Ribut ini datang bersama angin dari arah barat laut dan muncul secara tiba-tiba," katanya sambil menasihatkan jika awan hitam kelihatan, pemancing perlu segera kembali semula ke darat bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. Ketika ribut, kilat turut memancar dan kelihatan seolah-olah mencecah permukaan laut. Lazimnya ribut ini berlaku pada Jun, Julai dan Ogos.
Read More......
















