Trima kasih kos sudi jenguk blog aku,,, Semuanya Di Sini. Jom la baca.,, sila tinggalkan komen jika ada apa2 yg kureng or memuaskn,,

Asal-usul nama langkawi


Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, ia menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi adalah beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh tradisi hindu jawa.
"Kawi" dalam
bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira)

0 comments:

Post a Comment